Perintah Allah

"Diwajibkan atas kamu, apabila seorang dari kamu hampir mati, hendaklah membuat wasiat untuk ibubapa & kaum keluarga sebagai satu kewajipan atas orang-orang bertakwa."
Surah Al Baqarah: 180

Saudara/i yang dihormati,

Apakah perancangan anda untuk jaminan diri dan keluarga tersayang? Adakah simpanan anda mencukupi jika sesuatu musibah menimpa ke atas anda untuk menampung kos rawatan, sara hidup dan pendidikan anak?
Bagaimanakah Dana pilihan anda dan apakah pulangan yang anda harapkan?

- PERLINDUNGAN sahaja tanpa simpanan. Sumbangan RM30 - RM60

- PERLINDUNGAN dan SIMPANAN. Tanpa Medical Card. Sumbangan RM70 - RM100

- PERLINDUNGAN dan SIMPANAN bersama MEDICAL CARD. Sumbangan RM100 - RM200

- PERLINDUGAN dan PENDAPATAN berkala. Sumbangan RM150 - RM300

- PERLINDUGAN dan SIMPANAN untuk tinggalan kepada Waris, Sumbangan RM100 - RM300

- DANA PENDIDIKAN Anak-anak. Sumbangan RM50 - RM300
Satu plan perlindungan serta simpanan dengan PENDAPATAN, melalui pembayaran berkala (setiap 3 tahun sekali) yang menepati kehendak kewangan semasa peserta. - PELAN PRIMA

Plan jangka masa panjang dengan kadar PERLINDUNGAN serta SIMPANAN yang tinggi. - PELAN MESRA

Program tabung untuk waris yang "ditinggalkan" dengan SIMPANAN yang SANGAT TINGGI. - PELAN WARISAN

Perlindungan MAKSIMUM dengan jumlah sumbangan yang RENDAH (tanpa simpanan)- PELAN EHSAN
Apakah keistimewaan Wakil Etiqa Takaful (ET):-

1. Menyebarkan muamalat Islam dengan mengajak umat Islam supaya tidak lagi melibatkan diri dengan perkara RIBA yang terdapat dalam insurans konvensional.

2. Disamping pahala yang diperolehi, sudah tentu kita akan mendapat wang saguhati daripada ET. Maksudnya kita bekerja untuk kedua-duanya sekali iaitu DUNIA & AKHIRAT.

3. Melengkapkan diri dengan skil-skil komunikasi dan semestinya network kita akan berkembang. Kenapa network amat penting bagi manusia? Kerana bukan semua perkara boleh dilakukan sendirian, fitrah kita sebagai manusia adalah meminta-minta...

4. Apabila musibah berlaku kepada client kita, sesungguhnya kita akan merasakan diri kita sebagai penolong kepada keluarga tersebut walaupun duit manfaat tersebut datangnya drpd ET.
Jadual berikut adalah contoh perbandingan pelaburan anda selama 20 tahun antara Bank A dan Etiqa Takaful

Mengapa anda perlu melabur dalam Etiqa Takaful?
(Sila klik di jadual di bawah untuk gambar yang lebih besar atau klik di sini)




Tahukah anda sesetengah pelan eTiQa Takaful membenarkan anda mengeluarkan sebahagian daripada simpanan anda? contohnya; pelan eTiQa Mesra, eTiQa Prima, eTiQa Warisan, eTiQa Sarjana, dan eTiQa Sakinah 1

Bagi pelan Mesra, Warisan, dan Sakinah 1, anda boleh mengeluarkan sebanyak 80% daripada tabung simpanan iaitu Akaun Peserta (AP). Caranya, anda hanya perlu mengisi borang pengeluaran sebahagian disertakan 1 salinan IC dan hantar kepada eTiQa melalui ejen anda. Borangnya sgt simple, hanya sekeping kertas A4



Bagi pelan eTiQa Sarjana, pengeluaran wang 80% daripada Akaun Peserta hanya dibenarkan ketika 3 tahun sebelum sijil matang.

Kebiasaannya, bagi pelan eTiQa Prima, anda dijamin mendapat manfaat berjangka setiap 3 tahun sebanyak 10% daripada coverage basic. Contohnya; coverage basic RM50,000. maka anda akan dapat RM5,000 every 3 years.
PENYAKIT-PENYAKIT KRITIKAL YANG DILINDUNGI DALAM POLISI
ETIQA TAKAFUL


TAKRIF

DIAGNOSIS - hendaklah bermaksud diagnosis definitif yang dibuat oleh Pakar Perubatan (seperti yang ditakrifkan di bawah) berdasarkan bukti khusus seumpamanya seperti yang diperlukan dalam takrif bagi setiap Penyakit Dilindungi seperti yang disenaraikan di bawah dengan disokong oleh bukti radiologi, klinikal, histologi atau makmal yang boleh Kami terima.
Jika terdapat apa-apa keraguan tentang kesesuaian atau ketepatan diagnosis, Kami akan membuat pemeriksaan semula ke atas Peserta/Orang yang Dilindungi dan/atau apa-apa bukti yang digunakan semasa membuat diagnosis tersebut, oleh pakar perubatan yang Kami lantik dan pendapat pakar perubatan tersebut dalam diagnosis tersebut akan mengikat Peserta/Orang yang Dilindungi dan Kami.

PAKAR PERUBATAN – Hendaklah bermaksud pengamal perubatan yang berdaftar sepenuhnya, mempunyai kelayakan dalam bidang Perubatan Barat tetapi tidak termasuk pengamal perubatan yang menjadi Peserta/Orang yang Dilindungi itu sendiri, suami/isteri, saudara-mara, rakan kongsi perniagaan, rakan sekerja, rakan sekutu, atau pekerja dan/atau majikan Peserta/Orang yang Dilindungi.


PENYAKIT DILINDUNGI:

1. Penyakit Arteri Koronari
Dengan syor Pakar Perunding Kardiologi, menjalani pembedahan jantung terbuka bagi membetulkan arteri koronari yang mengecil atau tersumbat dengan graf pintasan. Bukti angiografi bagi penyakit sebenar hendaklah diberikan. Angiografi dan Pengkateteran Kardium dikecualikan.

2. Penyakit Arteri Koronari yang Serius
Pengecilan lumen bagi sekurang-kurangnya tiga arteri koronari dengan minimum tujuh puluh lima peratus (75%). Bukti angiografi bagi penyakit sebenar hendaklah diberikan.

3. Penggantian Injap Jantung
Menjalani penggantian satu injap jantung atau lebih bagi rawatan penyakit injap jantung. Pembaikan injap jantung dan valvatomi dikecualikan secara khusus.

4. Pembedahan Aorta
Menjalani pembedahan bagi aorta yang berpenyakit yang memerlukan eksisi dan penggantian aorta yang berpenyakit dengan graf. Aorta di sini merujuk aorta toraks dan abdomen sahaja.

5. Kardiomiopati
Diagnosis tepat oleh pakar perunding kardiologi ke atas kardiomiopati yang menyebabkan gangguan fungsi ventrikel beberapa etiologi dan mengakibatkan gangguan fizikal ke tahap sekurang-kurangnya kelas tiga (III) atau kelas empat (IV) menurut New York Heart Association of Cardiac Impairment.

6. Ensefalitis
Inflamasi bahan otak yang teruk yang mengakibatkan sekuela neurologi yang ketara dan kekal seperti yang disahkan oleh Pakar Perunding Neurologi yang memuaskan persatuan/syarikat. Ensefalitis akibat jangkitan HIV dikecualikan.

7. Tumor Otak Benigna
Tumor bukan kanser pada otak. Sista, granuloma, malformasi dalam, atau pada arteri atau vena otak, hematoma dan tumor pada kelenjar pituitari atau spina dikecualikan.

8. Meningitis Bakteria
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Meningitis Bakteria yang menyebabkan inflamasi membran otak atau saraf tunjang yang mengakibatkan defisit neurologi kekal.

9. Penyakit Neuron Motor
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Penyakit Neuron Motor. Etiologi penyakit tidak diketahui dan ia dicirikan melalui kemerosotan yang progresif pada salur kortikospina dan sel tanduk luar atau neuron eferen bulba.
Ini termasuk distrofi otot spina, palsi bulba progresif, sklerosis lateral amiotrofik dan sklerosis lateral primer.

10. Penyakit Parkinson
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Penyakit Parkinson Idiopatik (agitasi kelumpuhan) yang memerlukan rawatan dengan menggunakan prekursor dopamin.
Semua bentuk Parkinsonisma lain dikecualikan

11. Penyakit Aizheimer
Keadaan dementia prasenil yang disebabkan oleh kemerosotan atau hilang keupayaan intelek seperti yang dibuktikan oleh keadaan klinikal dan soal selidik piawai yang diterima, ujian atau kelakuan abnormal bagi Penyakit Aizheimer, dan gangguan degeneratif organik tak berbalik yang mengakibatkan penurunan mental dan fungsi sosial yang ketara untuk melakukan sendiri tiga daripada aktiviti kehidupan harian yang berikut atau lebih.

Aktiviti kehidupan harian adalah:

a) Bergerak dan Mobiliti – keupayaan untuk bergerak dari satu bilik ke bilik yang bersebelahan atau dari satu tempat ke tempat lain di dalam bilik atau duduk atau bangun dari katil atau kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal orang lain.
b) Kontinens: keupayaan untuk mengawal fungsi pundi kencing dan usus secara terkawal untuk menjaga kebersihan diri.
c) Pakaian – memakai dan menanggalkan semua bahagian pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
d) Tandas – masuk dan keluar dari tandas, duduk dan bangun dari mangkuk tandas dan kebersihan diri yang berkaitan.
e) Makan – melakukan semua pergerakan untuk memakan makanan yang telah disediakan.

Bagi tujuan Manfaat ini perkataan “kekal” bermaksud tidak ada harapan untuk sembuh dengan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.
Penyakit neurosis dan psikotik dikecualikan.

12. Poliomielitis
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi jangkitan virus polio yang menyebabkan penyakit lumpuh seperti yang dibuktikan melalui gangguan fungsi motor atau kesukaran bernafas.
Kes yang tidak melibatkan lumpuh tidak layak untuk menerima Manfaat ini. Punca lumpuh yang lain dikecualikan.


13. Sklerosis Berbilang
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Sklerosis Berbilang dan disokong dengan bukti klinikal bagi lebih daripada satu defisit neurologi yang ditentukan dengan jelas, dengan tanda berterusan yang melibatkan saraf optik, pangkal otak dan saraf tunjang serta gangguan koordinasi dan fungsi motor dan penderia, yang berterusan selama sekurang-kurangnya enam bulan.

14. Sindrom Apalik
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Sindrom Apalik (nekrosis universal pangkal otak masih baik). Keadaan ini hendaklah didokumentasikan secara perubatan sekurang-kurangnya selama satu bulan.

15. Lumpuh
Hilang secara kekal dan menyeluruh penggunaan dua anggota badan atau lebih. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan penyakit lumpuh itu hendaklah diberikan.

16. Koma
Keadaan tidak sedarkan diri tanpa tindak balas terhadap rangsangan luar atau keperluan dalaman yang berlaku secara berterusan, dengan penggunaan sistem sokongan hayat bagi tempoh selama sekurang-kurangnya sembilan puluh enam (96) jam dan mengakibatkan defisit neurologi kekal. Bukti defisit neurologi kekal hendaklah diserahkan mengikut kehendak Kami.

17. Hilang Keupayaan Diri
Pengesahan oleh pakar perunding perubatan bagi hilang keupayaan diri yang menyebabkan ketakupayaan kekal untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada aktiviti kehidupan harian berikut:

Mandi, memakai pakaian, makan, keupayaan duduk atau bangun dari katil atau kerusi dan mengawal fungsi usus atau pundi kencing secara terkawal, sama ada dengan atau tanpa menggunakan kelengkapan mekanikal, peranti khas atau alat bantu atau alat penyesuai lain untuk orang hilang upaya.
Bagi tujuan Manfaat ini, perkataan “kekal” bermaksud tidak mempunyai harapan untuk sembuh dengan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.

18. Hilang Penglihatan
Hilang penglihatan secara kekal dan menyeluruh pada kedua-dua belah mata sama ada penglihatannya sudah dibetulkan atau tidak dibetulkan. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan hilang penglihatan hendaklah diberikan.

19. Hilang Pendengaran
Hilang pendengaran secara menyeluruh dan tak berbalik pada kedua-dua belah telinga. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan hilang pendengaran hendaklah diberikan.

20. Hilang Pertuturan
Hilang keupayaan bertutur secara menyeluruh dan tak berbalik disebabkan oleh kerosakan fizikal pada pita suara. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan hilang pertuturan hendaklah diberikan.

21. Kanser
Manifestasi tumor malignan, yang dicirikan melalui pertumbuhan dan perebakan sel malignan yang tidak terkawal dan invasi tisu. Istilah kanser termasuklah leukemia (selain leukemia limfositik kronik) dan penyakit Hodgkin. Diagnosis hendaklah disokong oleh bukti histologi bagi malignansi. Semua kanser kulit kecuali melanoma malignan, semua tumor yang diterangkan secara histologi sebagai pramalignan atau hanya menunjukkan perubahan malignan awal, kanser-in-situ, penyakit Hodgkin peringkat I dan kanser papilari pada pundi kencing dikecualikan.

22. Anaemia Aplastik
Kegagalan sumsum tulang yang didiagnosis oleh pakar hematologi sebagai aplastik yang mengakibatkan anemia, neutropenia dan trombositopenia yang memerlukan rawatan dengan salah satu yang berikut:

a) Pemindahan produk darah
b) Agen perangsang sumsum
c) Agen imunosupresif
d) Pemindahan sumsum tulang

23. Trauma Kepala Utama
Kecederaan kepala akibat kemalangan yang menyebabkan kerosakan serebrum (seperti yang ditunjukkan melalui teknik pengimbasan atau pengimejan moden dan disahkan oleh pakar perunding neurologi) yang mengakibatkan gangguan fungsian kekal dan keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga daripada aktiviti kehidupan harian berikut tanpa bantuan:

Mandi, memakai pakaian, makan, keupayaan duduk atau bangun dari katil atau kerusi dan mengawal fungsi usus atau pundi kencing secara terkawal, sama ada dengan atau tanpa menggunakan kelengkapan mekanikal, peranti khas atau alat bantu atau alat penyesuai lain bagi orang hilang upaya.

Bagi tujuan Manfaat ini perkataan “kekal” bermaksud tidak ada harapan untuk sembuh dengan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.

24. Luka Terbakar Teruk
Luka terbakar Darjah Ketiga meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%)
Permukaan tubuh

25. Pemindahan Organ Utama
Menjalani pemindahan, sebagai penerima jantung (termasuk jantung mekanikal), paru-paru, hati, pankreas atau sumsum tulang.

26. Kegagalan Buah Pinggang
Peringkat akhir kegagalan buah pinggang disebabkan oleh walau apa jua sebab, ditunjukkan sebagai kegagalan tak berbalik kronik bagi kedua-dua buah pinggang untuk berfungsi, dan akibat daripada itu dialisis ginjal secara tetap digunakan atau pemindahan buah pinggang dijalankan.

27. Penyakit Hati Kronik
Diagnosis penyakti hati peringkat akhir seperti yang dibuktikan oleh semua yang berikut:

a)Demam kuning yang kekal
b)Asites; dan
c)Ensefalopati

Penyakit hati sekunder yang disebabkan oleh alkohol atau salah guna dadah dikecualikan.

28. Hepatitis Virus Fulminan
Diagnosis kegagalan hati yang dicirikan melalui nekrosis hati yang teruk yang disebabkan oleh virus Hepatitis Fulminan. Kriteria diagnostik berikut hendaklah dipenuhi:


a)Pengecilan saiz hati secara mendadak;
b)Nekrosis yang melibatkan keseluruhan lobul dan meninggalkan hanya rangka kerja yang merosot;
c)Fungsi hati yang merosot secara mendadak; dan
d)Demam kuning yang semakin teruk.

Walau bagaimanapun, diagnosis penyakit ini dikecualikan jika diagnosis tersebut disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh cubaan membunuh diri, keracunan, dadah melebihi dos dan pengambilan alkohol secara berlebihan.

29. Serangan Jantung
Kematian sebahagian daripada otot jantung (miokerdium) akibat daripada bekalan darah yang tidak mencukupi dan yang dibuktikan oleh :

a)Sejarah sakit dada tipikal yang berpanjangan; dan
b)Perubahan baru elektrokardiogeraf disebabkan oleh peristiwa ini; dan
c)Kenaikan paras enzim kardiak (CPK-MB) di atas paras yang secara amnya diterima oleh makmal sebagai tahap normal. Enzim kardiak atau biomarkers yang menunjukkan kenaikan signifikan menunjukkan peristiwa terbaru telah berlaku.

Diagnosis berdasarkan ujian Troponim T sahaja tidak diambil kira sebagai diagnostik serangan jantung. Diagnosis ischaemia dengan cara lain yang tidak disokong oleh kenaikan signifikan dalam enzim kardiak atau biomarkers akan terkecuali. Angina secara khusus tidak termasuk.

30. Penggantian InjapJantung
Menjalani pembedahan jantung terbuka menggantikan atau memperbaiki injap jantung yang di akibatkan oleh kecacatan atau keadaan tidak normal injap jantung yang berlaku selepas tarikh pengeluaran atau tarikh dikuatkuasakan semula Polisi dan / atau Aneksur, yang mana terkemudian.Pembaikan melalui prosedur intra-arterial, valvotomi, pembedahan lubang kunci atau teknik serupanya tidak termasuk.

31. Hipertensi Pulmonari Arterial Primer
Bermakna hipertensi pulmonari primer dengan pembesaran yang banyak ventrikular kanan seperti yang ditentukan oleh penyiasatan termasuk katerterisasi kardiak, mengakibatkan kecacatan fizikal kekal tidak boleh pulih sehingga tahap sekurang- kurangnya Kelas 3 Klasifikasi Persatuan Jantung New York berkenaan kecacatan kardiak, dan mengakibatkan Hayat yang Diasuranskan tidak dapat menjalankan pekerjaannya dengan biasa.

32. Pembedahan Otak
Sebenarnya menjalani pembedahan otak semasa anestesia am apabila kraniotomi dilakukan. Pembedahan otak dan Bur Hole akibat kemalangan tidaklah termasuk.

33. Strok
Ditakrifkan sebagai kemalangan atau kejadian serebrovaskular yang menyebabkan sekuela neurologi yang kekal, telah berterusan selama tidak kurang dari enam bulan. Infarksi tisu otak, hemorrhage dan suatu embolus yang berpunca dari ekstrakranial adalah termasuk. Diagnosis mesti berdasarkan perubahan yang dilihat didalam CT Scan atau MRI dan disahkan oleh seorang Pakar Neurologi Perunding bertauliah.

Secara khusus dikecualikan adalah gejala cerebral akibat serangan iskemia sementara,sebarang defisit iskemia neurologikal boleh undur, sebarang serangan iskemia vertebrobasilar, tanda- tanda cerebral akibat migraine, kecederaan cerebral akibat trauma atau hypoxia dan penyakit vaskular memberi kesan kepada mata atau saraf optik atau fungsi vestibular

34. Lumpuh Paraplegia
Hilang secara menyeluruh dan kekal penggunaan kedua- dua anggota tangan atau kaki, atau satu anggota tangan dan satu kaki, kerana lumpuh akibat sakit atau kecederaan berlanjutan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh trauma atau sakit.

35. Penyakit Paru- Paru Kronik
Kegagalan respiratori peringkat akhir termasuk penyakit paru- paru intersitial kronik.
Kriteria berikut mestilah dipatuhi:

a)Memerlukan terapi oksigen kekal akibat hasil ujian FEV 1 yang tidak melebihi satu (1)liter.(“Forced Expiratory Volume” semasa saat pertama hembusan nafas secara paksaan); dan
b)Analisis Gas Darah Arterial dengan tekanan oksigen separa sebanyak 55mmHg atau kurang; dan
c)Dsypnoea semasa berehat.


36. Distrofi Otot
Diagnosis distrofi otot yang disahkan oleh Pakar Neurologi Perunding yang terdiri daripada kombinasi 3 daripada 4 keadaan yang berikut:

a)Sejarah ahli keluarga lain yang menghidapinya
b)Presentasi klinikal termasuk ketiadaan kekacauan deria, cecair normal serebro-spinal dan pengurangan kecil refleksi tendon
c)Karakteristik elektromiaogram
d)Pengesyakan klinikal disahkan oleh biopsi otot


Tiada manfaat akan dibayar dibawah Peristiwa yang Dilindungi ini sebelum Hayat yang Diinsurankan mencapai umur 12 tahun pada harijadi yang berikutnya

Hari Tuaku

4:35 PM | 0 Comments


Anda sudah bersedia untuk meniti hari tua anda? Inilah tempoh waktu untuk anda menikmati hidup dengan penuh keselesaan setelah bersara tanpa perlu risau untuk mengekalkan taraf hidup yang anda sudah terbiasa suatu ketika dahulu. Ya, anda perlu untuk berjimat secara sistematik untuk menikmati gaya hidup yang selesa selepas bersara. Ini bermakna, kini adalah masa yang paling sesuai untuk anda merancang menghadapi saat persaraan anda nanti agar hidup anda nanti penuh bermakna.

Sarjana

9:46 AM | 0 Comments


SARJANA : Plan Tabung PENDIDIKAN untuk ANAK-ANAK. Jaminan TABUNGAN, baik anda masih hidup ataupun telah meninggal dunia.

Takaful Sarjana daripada Etiqa Takaful direka khusus untuk anda bagi membantu perancangan pendidikan anak2 anda. Dapatkan pelan yang terbaik ini yang memberi perlindungan dan simpanan yang komprehensif. Takaful Sarjana dengan gabungan tabungan dan perlindungan adalah satu usaha untuk mewujudkan dana khas sebagai perancancangan kewangan pendidikan anak anda di hari esok.

Kecermelangan masa depan anak anda ditangan anda. Dengan perancangan kewangan yang strategik dan digabung dengan perlindungan menjadikan Takaful Sarjana sebagai suatu perancangan yang komprehensif dan harus bagi penentuan masa depan anak anda.

Apa yang bakal anda perolehi melalui Takaful Sarjana ini:-

Anak:

1. Simpanan ketika matang + mudharabah
2. Pampasan akibat kematian dan keilatan.
3. Elaun Harian Hospital.
4. Kebenaran untuk pengeluaran dana pendidikan 3 tahun sebelum tarikh matang.
5. Anugerah kecemerlangan akademik. (UPSR/PMR/SPM/STPM)

Ibubapa/Pembayar:

1. Sekiranya berlaku kematian atau keilatan, takaful akan mengambil-alih tanggungjawab untuk menyambung sumbangan bulanan.
2. Sekiranya ditimpa penyakit2 kritikal (36 penyakit), takaful akan mengambil-alih tanggungjawab untuk menyambung sumbangan bulanan.
3. Sekiranya berlaku kematian atau keilatan, takaful akan memberi biasiswa kepada anak (sehingga RM250,000).
4. Pelepasan cukai pendapatan sehingga RM3000.

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.


Setiap ibu bapa memiliki impian untuk menyediakan segala yang terbaik dan sempurna buat anak-anak mereka, sejak mereka dilahirkan lagi. Pendidikan anak-anak mestilah diberikan keutamaan, tetapi ia juga menjadi satu kebimbangan kepada ibu bapa masa kini. Pendidikan yang sempurna adalah penting untuk anak-anak anda melangkah penuh kejayaan. Ia tidak berlaku begitu sahaja, anda perlukan sebuah pelan untuk mencapainya. Cara terbaik untuk menyediakan anak anda agar mereka mendapatkan pendidikan yang sempurna adalah dengan bersedia untuk menghadapi perbelanjaan kos pendidikan yang tinggi. Merancang awal dengan menyimpan demi masa depan anak-anak anda.


Sakinah

9:15 AM | 0 Comments

Kami di Etiqa Takaful sentiasa meneroka apa sahaja keperluan anda sambil saling menyempurnakan apa sahaja hajat di hati. Kerana kami begitu memahami keperluan masing-masing tidak sama; jadi kami mudahkan dengan menjadi lebih fleksibel demi anda memenuhi impian hidup.

Etiqa Takaful Sakinah menawarkan dua jenis pelan yang dapat memberi pilihan kepada mereka yang ingin menyertainya.

TN Sakinah 1
Memberi elemen perlindungan dan simpanan. Peserta atau Pasangan akan menerima bukan sahaja manfaat perlindungan bagi Kematian dan Hilang Upaya Kekal secara sekaligus, tetapi juga nilai terkumpul Akaun Peserta.

TN Sakinah 2
Memberikan elemen perlindungan bagi Kematian dan Hilang Upaya Kekal kepada peserta atau pasangan yang dilindungi. Amaun manfaat 100% akan diberikan kepada pasangan jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal yang pertama.
Manfaat Pilihan/Rider

TN Sakinah 1

TN Sakinah 1 – Bertempoh dengan Simpanan
TN Sakinah 2 – Bertempoh

MANFAAT

  • Manfaat Kematian & Keilatan Akibat Kemalangan
  • Manfaat Indemniti Kemalangan
  • Manfaat Hospital
  • Penyakit Kritikal
  • Rider Bertempoh

TN Sakinah 2

  • Manfaat Kematian; Keilatan Akibat Kemalangan
  • Manfaat Indemniti Kemalangan
  • Manfaat Hospital
  • Penyakit Kritikal

Sumbangan
Sumbangan minimum tahunan sebanyak RM 600.00.
Pilihan Sumbangan boleh dibuat sama ada dalam bulanan, suku tahunan, setengah tahunan atau tahunan.


KELAYAKAN PENYERTAAN
Peserta Pertama: Minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun.
Peserta Kedua: Minimum 90 hari dan maksimum 60 tahun.

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini

Ehsan

7:43 AM | 1 Comments

Di Etiqa Takaful, kami yakin setiap keperluan masing-masing sungguh berbeza-beza. Oleh itu, kami cuba untuk memahami setiap keperluan anda agar kami dapat memberikan anda satu cara yang paling sesuai dengan menyediakan pelan yang khusus demi anda. Kini semuanya mampu memiliki perlindungan tidak kira siapa jua diri anda.

MANFAAT
Manfaat kematian dan hilang upaya kekal menyeluruh di sepanjang tempoh penyertaan sehingga tamat tempoh takaful.

TEMPOH/SUMBANGAN/UMUR
Tempoh perlindungan dan sumbangan adalah sama iaitu dalam pilihan tempoh gandaan 5 tahun dari serendah 5 tahun hinggalah 30 tahun.

Sumbangan terendah ialah RM360 setahun. Umur peserta mestilah dari 18 tahun (genap) hingga 55 tahun (harijadi akan datang)

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini

Warisan

7:42 AM | 0 Comments

Anda sudah bersedia untuk meniti hari tua anda. Inilah tempoh waktu untuk anda menikmati hidup dengan penuh keselesaan setelah bersara tanpa perlu risau untuk mengekalkan taraf hidup yang anda sudah terbiasa suatu ketika dahulu. Ya, anda perlu untuk berjimat secara sistematik untuk menikmati gaya hidup yang selesa selepas bersara. Ini bermakna, kini adalah masa yang paling sesuai untuk anda merancang menghadapi saat persaraan anda nanti agar hidup anda nanti penuh bermakna.

Harapan kami agar warisan dapat dikekalkan sehingga ke akhir hayat agar generasi masa akan datang dapat menikmati kehidupan penuh bermakna. Etiqa Takaful memahami kehendak sebenar anda ini demi menjalin sepenuhnya aspirasi dan harapan, kami telah merangka satu pelan yang membantu anda demi masa depan.

MANFAAT
Membolehkan perlindungan diteruskan sehingga umur 88 tahun walaupun sumbangan telah tamat.Itulah dia kelebihan produk Etiqa Takaful.

Di akhir tempoh kontrak jumlah Akaun Peserta akan dipulangkan bersama perkongsian keuntungan daripada akaun peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

Penyertaan kanak-kanak berumur dari 6 bulan dibolehkan dengan perlindungan hingga ke tahap RM200,000.

Sekiranya berlaku hilang upaya kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 3 pembayaran. 20% daripada jumlah perlindungan dan Akaun Peserta Terkumpul serta keuntungan daripada Akaun Peserta apabila sahnya hilang upaya, 40% pada akhir tahun pertama dan kedua dari tarikh hilang upaya.

KELAYAKAN PENYERTAAN
Had Umur : 6 bulan hingga 60 tahun

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini

Mesra

7:41 AM | 1 Comments

Anda sudah bersedia untuk meniti hari tua anda. Inilah tempoh waktu untuk anda menikmati hidup dengan penuh keselesaan setelah bersara tanpa perlu risau untuk mengekalkan taraf hidup yang anda sudah terbiasa suatu ketika dahulu. Ya, anda perlu untuk berjimat secara sistematik untuk menikmati gaya hidup yang selesa selepas bersara. Ini bermakna, kini adalah masa yang paling sesuai untuk anda merancang menghadapi saat persaraan anda nanti agar hidup anda nanti penuh bermakna.

Adakah anda sedang merancang masa depan anda? Kami di Etiqa Takaful sentiasa memahami kehendak anda agar kami dapat membantu anda dengan menyediakan keperluan anda yang anda idamkan.

Ini dengan membanut anda menyimpan serta memberikan anda perlindungan yang anda perlukan agar anda dapat menenteramkan jiwa untuk hidup lebih bahagia.

MANFAAT
Manfaat Mesra dibayar jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh dan bagi hilang upaya kekal menyeluruh manfaat akan dibayar secara beransur-ansur selama 5 tahun sebanyak 10% setahun dan ansuran terakhir pada kadar 60%.

SUMBANGAN
Jumlah sumbangan tahunan yang akan dibayar akan menentukan amaun perlindungan yang diperolehi dengan didarabkan dengan pendarab jadual yang berasaskan pada umur dan tempoh perlindungan. Nisbah sumbangan bagi simpanan adalah lebih apabila tempoh kontrak meningkat.

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini

Prima

7:40 AM | 0 Comments

PRIMA : PERLINDUNGAN dengan Pembayaran PENDAPATAN berkala (3 tahun sekali) yang menepati kehendak kewangan semasa.

Kami di Etiqa Takaful sentiasa ingin membantu anda mencapai matlamat hidup. Kami mengutamakan keperluan anda dan menyediakan pelan yang sungguh bersesuaian untuk setiap keperluan anda. Kini anda bakal mencapai impian penuh gemilang.

MANFAAT
Jumlah perlindungan sepenuhnya akan dibayar dalam tempoh kontrak berkuatkuasa sekiranya berlaku kematian.

Sekiranya berlaku hilang upaya kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 3 pembayaran. 20% daripada jumlah perlindungan serta Akaun Peserta Terkumpul dan keuntungan daripada Akaun Peserta apabila sahnya hilang upaya, 40% pada akhir tahun pertama dan kedua dari tarikh hilang upaya.

Manfaat Survival-Setiap 3 tahun bermula dari akhir tahun ketiga kontrak. 10% dari amaun perlindungan berdasarkan pulangan pelaburan 4% setahun.

Baki manfaat survival berjadual termasuk Akaun Peserta serta keuntungan Akaun Peserta dan Lebihan Akaun Khas Peserta.

Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyerahan.

Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam 'peruntukan bukan lucuthak' untuk meneruskan penyertaan.

KELAYAKAN PENYERTAAN
Had Umur : 6 Bulan hingga 54 tahun (pada tarikh lahir akan datang)

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini

Keluargaku

11:04 AM | 1 Comments



Mendirikan rumah tangga dan berkeluarga adalah satu langkah sulung untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar. Ini bermakna, anda sudah bersedia untuk mempunyai kediaman dan tidak lama lagi, akan berkeluarga. Membuat perancangan awal amat penting kerana ia akan membantu anda mengecapi kenikmatan hidup di kemudian hari. Oleh itu, anda dan orang tersayang mestilah dilindungi daripada ketidaktentuan dan risiko hidup. Apabila anda ingin memulakan hidup baru, anda perlukan pelan perlindungan insurans mudah yang menawarkan anda pelan yang fleksibel dan pilihan untuk memilih jenis dan jumlah perlindungan yang anda perlukan.

Plan@Produk yang melibatkan keluarga, sila klik pada plan yang bersesuaian dengan anda :

SAKINAH - Plan yang memberi PERLINDUNGAN serta SIMPANAN bagi peserta atau pasangan.
PRIMA - Satu plan perlindungan serta simpanan dengan PENDAPATAN, melalui pembayaran berkala (setiap 3 tahun sekali) yang menepati kehendak kewangan semasa peserta.

MESRA - Plan jangka masa panjang dengan kadar PERLINDUNGAN serta SIMPANAN yang tinggi.

WARISAN - Program tabung untuk waris yang "ditinggalkan" dengan SIMPANAN yang SANGAT TINGGI.

EHSAN - Perlindungan MAKSIMUM dengan jumlah sumbangan yang RENDAH (tanpa simpanan)
  • PENGERTIAN TAKAFUL
Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud 'Saling jamin menjamin'

Dari segi tafsiran Syara' ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah

  • CIRI - CIRI TAKAFUL
  1. Sistem Islam
  2. Sumbangan At-Tabarru'at
  3. Pelaburan halal
  4. Majlis Pengawasan Syariah
  5. Tiada unsur riba
  6. Tiada unsur maisir (Judi)
  7. Tiada unsur gharar (Tidak jelas)
  8. Al-mudharabah (Perkonsian untung)
Sistem Islam
Konsep insurans iaitu 'Golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik" merupakan satu konsep yang diiktiraf oleh Islam Al-Quran dalam surah Al-Maidah ayat 2 bermaksud "Dan hendaklah kamu tolong menolong diatas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong diatas perkara dosa dan permusuhan" merupakan bukti utama betapa sikap bantu membantu merupakan salah satu akhlak mahmudah (terpuji)

Sumbangan At-Tabarru'at
Tabarru'at merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks operasi Takaful setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang iklas ketika menyumbang (At-tabarru'at) bagi membantu sesama para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata lain yang lebih tepat, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka ketika ditimpa kemalangan

Dalam industri Takaful, At-tabarru'at yang diperkenalkan ialah Al-tabarru'at yang bersyarat.

Bersyarat adalah dimana setiap peserta yang ingin menyertai Takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru'at kerana ingin memastikan Tabarru'at yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak, justeru itu jika seseorang peserta membawa risiko yang besar maka kadar tabarru'at yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut

Pelaburan Halal
Wang peserta akan dilaburkan hanya dilaburkan di kaunter-kaunter pelaburan yang halal dan diluluskan oleh Majlis Pengawasan Syariah

Bentuk pelaburan;
  1. Bon Kerajaan (Al-Qardul Hassan).
  2. Akaun simpanan di bank (Al-Mudharabah).
  3. Projek pelaburan (Al-Bai Bithaman Ajil).
  4. Harta bangunan.
  5. Pembiayaan perumahan.
  6. Sekuriti saham (Senarai kaunter yang diluluskan oleh Syariah

Ada Majlis Pengawasan Syariah
Akta Takaful 1984, seksyen 8 (5)(b):-

"Bahawa terdapatnya dalam artikel persatuan pengendali Takaful yang berkenaan peruntukan bagi penubuhan Majlis Pengawasan Syariah untuk menasihati pengendalian tentang perniagaan Takafulnya untuk memastikan yang ia tidak terlibat dalam apa-apa unsur yang tidak diluluskan"

Tiada Unsur Riba
Elemen RIBA wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan kebanyakanya dilaburkan didalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang beurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional

Unsur RIBA juga terdapat dalam urusniaga PINJAMAN DARI POLISI (Policy Loan) yang ditawarkan kepada peserta dalam produk insuran hayat dalam sistem kemudahan pinjaman ini, syarikat insuran akan mengenakan bayaran faedah (Interest) kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa faedah tersebut merupakan RIBA yang dilarang Islam.

Tiada Unsur Maisir (Judi)
Para ulama' menyatakan Maisir dan Gharar merupakan kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsur judi turut ada. Kaitan antaranya adalah terlalu rapat dan saling berkait. Maisir (Judi) dalam kontrak insurans wujud bilamana:

  1. Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.
  2. Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungani (the insured event) tidak berlaku.
  3. Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.
Tiada Unsur Gharar (Tidak Jelas)
Maksud Gharar ialah "Ketidakpastian". Ketidakpastian dalam transaksi muamalah ialah : "Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain". Di dalam kontrak insurans terdapat unsur ketidakpastian iaitu:
  1. Tidak dapat dipastikan samada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan.
  2. Tidak diketahui kadar bayarannya
  3. Tidak diketahui bila masanya
Al-Mudaharabah (Perkongsian Untung)
  1. Mudharabah bererti perkongsian untung diantara peserta dan syarikat.
  2. Nisbah ditentukan tetapi nilai tidak dapat ditentukan
  3. Nisbah pembahagian untung bergantung kepada aqad yang telah dibuat
  4. Contoh Nisbah 80:20 atau 50:50 atas keuntungan diantara peserta dan syarikat

  • KEUNTUNGAN MENYERTAI TAKAFUL
  1. Menegakkan sistem muamalah Islam
  2. Mendapat skim perlindungan melalui pelan takaful.
  3. Mendapat pulangan melalui perkongsian untung
  4. Keuntungan Pelaburan semasa tempoh takaful ( iaitu dari akaun peserta (AP))
  5. Keuntungan pelaburan selepas tempoh takaful (iaitu dari akaun Khas Peserta (AKP))
  6. Nisbah Mudharabah - Bergantung 50:50 ; 80:20 diantara peserta dan syarikat

  • HUKUM SYARAK BAGI SKIM TAKAFUL BERBANDING INSURAN KONVENSIONAL
VIDEO ini akan menjawab persoalan tentang hukum.

  • KELEBIHAN TAKAFUL
  • Sistem Islam
*Prinsip ta'awun iaitu tolong menolong
*Prinsip tadhiyar - korban kepentingan diri untuk orang lain Mengajak / mengatur menyertai
  • Sumbangan dengan konsep Tabarru' (Derma bersyarat tolong menolong)
  • Pahala / Kebajikan
  • Ada peserta, niat murni, syarat, saksi
  • Pelaburan - untung dikongsi
  • Al-Mudharabah % dipersetujui RM tidak tentu dijanjikan
  • Sumbangan ditabungkan kepunyaan peserta
  • Syarikat Takaful hanya pengendali tabung / akaun peserta
  • Untung milik bersama antara syarikat pengendali dan peserta
  • Pelaburan saham yang HALAL sahaja
  • Lembaga Pengarah - Majlis Pengawasan Syariah
  • Prinsip Muamalah Islam
  • Tiada riba, gharar , maisir dan adil
  • Jika berhenti, peserta mempunyai nilai serahan
  • Bonus diberi pada setiap tahun dan boleh dikeluarkan
  • Boleh mengeluarkan duit tanpa faedah
  • Zakat perniagaan dibayar
  • Tabung jariah membantu kita semasa di alam kubur
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Ramai yang kurang memahami beza di antara praktis yang dilakukan oleh syarikat Insuran dan Takaful. Setelah saya menulis tentang terdapat unsur gharar dan riba di dalam insuran konvensional. Maka timbul dakwaan bahawa jika demikian, takaful juga mengandungi proses yang sama. Lalu, bagaimanakah bentuk yang dilakukan oleh syarikat-syarikat Takaful?. Bukankah ia juga mempunyai elemen meletakkan wang dan menunggu pampasan apabila musibah mendatang.?

Jawapan mudah saya adalah, syarikat-syarikat Takaful telah mengubah aqad ‘Mu’awadah Maliah’ yang digunakan oleh syarikat Insuran konvensional kepada aqad Tabarru’at (kontrak derma). Hasilnya, aqad derma tidak terikat dengan syarat-syarat jual beli tadi, tidak juga diperlukan untuk jelas dan terang jumlah itu dan ini semasa serahan derma.

Contoh mudahnya, apabila anda memberikan hadiah kepada seseorang, adakah menjadi syarat agar anda memberitahu kepadanya berapa jumlah yang anda beri? Jawapnya sudah tentu tidak menjadi syarat. Ini kerana, ia adalah sumbangan baik dari satu pihak, tatkala itu tidak banyak syarat diperlukan untuk melaksanakan aqad derma ini.

Bagaimanapun bagi memudahkan urusan syarikat Takaful, mereka akan menggunakan gabungan beberapa aqad. Asas asasnya adalah :-

* a) Tabarru’ dan Mudarabah
* b) Wakalah dan Tabarru

Saya tidak akan mengulas kedua-dua bentuknya secara panjang lebar, cukup saya sertakan gambar rajah bagi kedua-dua bentuk agar ia dapat memberi sedikit gambaran awal kepada para pembaca. ( Malangnya saya gagal memasukkan gambar rajah ini )

1) Takaful Model Wakalah dan Tabarru’

Keterangan ringkas : Syarikat Pengendali Takaful dilantik oleh pencarum sebagi wakil bagi menguruskan sejumlah wang tertentu untuk didermakan bagi tujuan takaful apabila diperlukan. Untuk melaksanakan tujuan itu syarikat Takaful akan mengambil sejumlah upah (al-Ujr) atas sebagai kos pengurusannya. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai wakil untuk melaburkan wang yang belum didermakan dan atas dasr Ju’alah, syarikat akan mengambil satu lagi jumlah upah sekiaranya ia berjaya mendapatkan untung dari pelaburan yang diusahakannya itu.

2) Takaful Model Tabarru dan Mudarabah

Keterangan ringkas : Menurut model ini, pihak pencarum meletakkan wangnya dalam jumlah tertentu atas aqad tabarru’, pihak syarikat akan menguruskan tabung takaful dan dalam masa yang sama melaburkannya, jika terdapat lebihan keuntungan (surplus) setelah ditolak semua kos-kos pengurusan, pihak syarikat Takaful akan menghadiahkan sejumlah wang kepada peserta sebagai penghargaan penyertaannya.

Kesimpulan; perubahan dari aqad yang mengandungi ciri jual beli yang diamalkan oleh Insuran konevsnional menjadikannya bermasalah dari sudut Shariah. Ini berbeza dengan yang digunakan oleh Takaful yang menggunakan samada aqad derma (tabarru’) atau (wakalah).
































TAKAFULINSURANS
Tertakluk kepada Akta Takaful 1984
Tertakluk kepada Akta Insurans 1963
Peserta membayar sumbangan berdasarkan konsep tabarru’Pemegang polisi dikenakan bayaran premium atas perlindungan
Pihak Syarikat merupakan Pengendali risikoPihak Syarikat merupakan Penanggung risiko
Penyertaan Takaful merupakan satu akad antara Peserta dan Pengendali Takaful
Pembelian Insurans adalah satu kontrak antara Penginsurans dan Pemegang Polisi
Majlis Pengawasan Syariah yang bertanggungjawab memastikan segala transaksi Syarikat berpandukan Syariat Islam
Tiada Majlis Pengawasan Syariah
Tiada unsur riba, maisir dan ghararTerdapat unsur-unsur maisir, riba dan gharar

About

Ilmu baru